+Follow








Hey readers♥. I'm Nurulsyahira Amira Abd Hamid . 16 years old. Stay at Perak. In relationship with Muhammad Azmin ♥ . Please be nice here and no haters or copypaste here. Thankyou :D facebook


Meet The Owner
Just walking and walking to future

Name : NurulSyahira Amira Abd Hamid
Famous as : Mira and Anak Bear
Birthday : 08/09/1997
Age : 16 years old :)
Stay at : Perak
Status : In relationship

Favorite:
- Make a new friendship
- Blogging
- Chocolate, m&m
- Domo
- Blue, Purple , Red , Pink , White , Black
- Readers, followers

Non-favorite:
- Anons, Haters
- Liar, Arrogant
- Slow internet line
- To forget someone we were close to him/her.
- Hypocrite
- Insects
- Timeline




Be the best, dont dissapointed someone
Get something wrong in here? Ask me!



Behind the skin
Some people help me :D

Originally layout by Aulia Septiya
Big helped from Gyapo and Capitol
Other from Adobe Photoshop CS5, Photoscape, Ziera and Colourlovers

Que Sera Sera
Saturday, June 7, 2014 @ 11:43 PM // leave a comment? [0 letters]



/Assalamualaikum\

Hai. Tahun ni aku rasa tahun yang paling banyak masalah dan yang paling banyak buat aku rasa sedih. Masalah dengan keluarga aku, dengan kawan aku dan dengan amin.  Kadang kadang aku rasa macam nak putarkan balik masa ni dan nak kembali pada 30.1.2014 . Sebab tu kali terakhir aku rasa macam takde masalah. Rasa happy dengan keluarga aku, kawan aku dan amin. Rasa macam semuanya okay. Lepas 31.1.2014 terus semuanya dah berubah.

Aku rasa macam semua masalah datang lepas tarikh 29.1.2014. Kat situ lah aku gaduh dengan ayah aku. kat situ lah aku gaduh dengan amin. Sampai aku dengan amin dah putus. Tapi tak sampai 10 minit kami kapel balik. Saat tu aku rasa macam semuanya terhenti sekejap. Perkataan yang aku cuba elakkan yang tu lah terjadi masa tu. Memang 31.1.2014 hari yang paling teruk. Elok je 30.1 tu aku kat sekolah bergurau dengan dia, main kejar kejar , pukul pukul. Eh esok tu terus jadi macam tu. Tapi masa tu salah aku juga sebab main tuduh dia.

Dan sekarang aku rasa masalah tu datang balik dekat aku ni. Kadang kadang aku rasa macam nak je hantuk kepala aku ni kat dinding lepas tu rasa nak je buat keja bodoh yang dah lama aku tak buat. semua tu akan berlaku bila aku dah tension sangat. Bulan 4, 5 dan 6 , bulan yang banyak masalah. Aku asyik gaduh dengan amin. Sekejap okay sekejap tak. Lepas okay, dua tiga hari tu gaduh balik. Memang semua pergaduhan tu datang dari aku. Aku sendiri pun taktau kenapa aku nak cari masalah sangat walaupun aku tahu akibatnya.

Aku rasa hubungan aku dengan amin sekarang dah renggang. Lepas dia tinggalkan aku 3 minggu. Aku rasa macam dia dah jauh dari aku.  3 minggu tu bukannya sekejap. Lama. Perasaan pun boleh berubah dalam masa 3 minggu tu. Aku masa tu macam dah jadi tak tentu arah. Kalau dulu dia selalu ada dengan aku tiba tiba je dah takde dengan aku. Jarang dah ada dengan aku. Aku tanya kawan kawan dia. Aku risau tak tentu arah. Menangis tak tentu pasal. Result aku pun dah menurun sebab dia tinggalkan betul2 esok tu dah nak exam. Aku rasa macam dah meroyan.

" Amin dia kenape? "

" Kenapa dia buat aku macam ni? "

" 3 minggu wei dia tinggal aku. Dia takde cite ape2 ke "

" Tolonglah bagitau aku ape yang dia cite "

" Dia dah suka orang lain ke ? "

"aku tak boleh ah macam ni "

Aku selalu tanya nazrin, muzamil lepas tu ashri. Soalan yang same. Rasa malu. Malu sangat nak tanya diorang dengan soalan2 macam ni. Kalau boleh aku pun taknak tanya soalan tu kat diorang. Sebab aku tahu diorang akan fikir lain pasal aku. Cukuplah kawan dia cakap aku teruk sebab taktau apa apa pasal amin. Aku abaikan semua perasaan malu aku sebab nak tahu pasal dia. Mesej aku tak reply, kalau call pun tak pernah ada masa nak menyembang. Aku memang terdesak tp bg amin bila aku tanya soalan macam tu, dia akan cakap " mira tak pernah percayakan amin " . Kalau lah dia tahu perasaan aku macam mane masa tu. Aku bukan tak percaya. Aku percaya dia tapi hati aku ni terlalu risau sampai aku fikir yang bukan bukan pasal dia. Aku tanya kawan dia sebab aku nak yakinkan hati aku ni. Aku bukannya tak percaya.


Kadang aku akan rasa macam dalam gambar tu. Rasa nak lari dan menangis sepuas hati aku. Sekarang masalah lain pulak datang. Aku tak sangka yang dia pernah bencikan aku. Aku tahu aku banyak buat salah , banyak sakitkan hati dia tapi kadang2 aku takde niat pun nak sakitkan hati dia. Bila aku dapat tahu yang perasaan dia pernah berubah. Hati aku macam kena tusuk dengan benda tajam. Sakit sangat. Aku menangis , menangis dan menangis.

Yaa dia pernah cakap kat aku yang dia pernah tawar hati dengan aku. Aku masa tu macam tak percaya. Hati aku tak pernah berubah wei. Dari mula kenal sampai sekarang hati aku tak pernah berubah. Perasaan aku tetap sama. Tak pernah rasa tawar hati , benci , menyampah. Tak pernah. Aku tahu perasaan manusia sentiasa berubah ubah. Lebih lebih lagi lelaki. Perasaan lelaki cepat berubah dan lelaki cepat rasa jemu dengan seseorang. Amin pernah rasa jemu. Dia pernah cakap kat aku dulu. Allah je yang tahu perasaan aku dan aku masa tu cuma harap hubungan ni kekal.

Setiap kali amin cakap " semakin hari semakin sayang " aku rasa gembira sangat dan aku harap perasaan tu akan sama sampai bila bila. Tp sekarang aku rasa macam dah takde harapan. Mesej aku amin tak reply . Mungkin dia dah takde kredit. Mungkin. Aku cuma nak dia tahu aku selalu tunggu dia. Aku ni bila sedih suka buat ayat pasrah. Mulut kata pergi tapi hati. Hati ni tak pernah cakap pergi. Aku ni tak kuat. Tak kuat. Walaupun aku nampak macam " Oh kalau dia tunaikan janji dia tu aku akan okay " . Tapi sebenarnya tak okay wei. Aku takut dia tunaikan janji dia. Aku takut. Kalau boleh aku nak elakkan dari semua perkataan putus, selamat tinggal semua tu. Aku taknak dengar.

Memang aku tengah keliru dengan perasaan aku. Kalau betul aku dah tawar hati dengan amin, aku takkan tunggu dia macam sekarang ni. Aku takkan asyik masuk bilik tengok phone. Aku takkan teringatkan dia. Aku taknak tawar hati dengan amin. Kalau aku tawar hati nanti hati aku akan jadi kering macam aku dgn zulhilmi dulu. bila hati dah jadi kering, dah tak rase ape2 lagi. Aku takut aku minta putus dengan amin. Aku sayang dia. Kalau boleh aku taknak ada perkataan putus. Aku taknak minta putus. Aku taknak dia ugut aku pasal putus lagi T.T . Tapi kalau dia betul2 nak putus, aku nak buat macam mane lagi kan?. Aku kena terima.. Kan ? ..
 

Pertama kali aku rasa macam ni. Dengan zulhilmi pun tak pernah rasa macam ni. Tapi bila dengan amin , aku rasa macam susah. Susah nak lepaskan dia. Rasa susah. Aku taktau kenapa tapi aku rasa susah. Ada orang cakap kalau sayang, lepaskan. Kalau dia betul jodoh kita, dia akan datang balik dekat kita. Aku pernah terfikir tapi amin akan datang balik ke dekat aku ni? Aku sedar aku banyak sakitkan hati dia. Kadang aku rasa lemah sangat. Rasa macam bodoh sebab dah sakitkan hati dia. Kalau aku lepaskan dia sekarang ni, mesti dia rasa bahagia kan? bebas dari semuanya. Tapi boleh ke aku buat? Kuat ke hati aku ni? Kuat ke? Dalam hati aku sekarang ni, aku cuma harap hubungan ni okay macam dulu dan harap dia call aku, mesej aku macam biasa. aku tahu tu cuma mimpi. Susah dah sekarang ni. Tak sama dah. Tak macam dulu lagi. Ya Allah kuatkanlah hati hambamu ni Ya Allah. Aku cuma nak tahu apa perasaan dia dekat aku sekarang ni. Aku nak dengar apa yang dia rasa. Aku taknak dengar " dulu amin pernah bagitau kan bla blabla " . Aku nak dengar yang sekarang bukannya dulu. Dulu tu dulu. Sekarang ni sekarang. Dua dua berbeza. Dan mana tau perasaan pun berbeza. Aku cuma nak dia bagitau yang tu je. Dia je yang boleh yakinkan hati aku ni. Aku taknak fikir benda lain lagi. Apeeeee semuaa niiiiiiiii! amin tolonglah. tolonglah amin T.T


" Que Sera Sera "  - Apa yang akan jadi akan terjadi.