+Follow








Hey readers♥. I'm Nurulsyahira Amira Abd Hamid . 16 years old. Stay at Perak. In relationship with Muhammad Azmin ♥ . Please be nice here and no haters or copypaste here. Thankyou :D facebook


Meet The Owner
Just walking and walking to future

Name : NurulSyahira Amira Abd Hamid
Famous as : Mira and Anak Bear
Birthday : 08/09/1997
Age : 16 years old :)
Stay at : Perak
Status : In relationship

Favorite:
- Make a new friendship
- Blogging
- Chocolate, m&m
- Domo
- Blue, Purple , Red , Pink , White , Black
- Readers, followers

Non-favorite:
- Anons, Haters
- Liar, Arrogant
- Slow internet line
- To forget someone we were close to him/her.
- Hypocrite
- Insects
- Timeline




Be the best, dont dissapointed someone
Get something wrong in here? Ask me!



Behind the skin
Some people help me :D

Originally layout by Aulia Septiya
Big helped from Gyapo and Capitol
Other from Adobe Photoshop CS5, Photoscape, Ziera and Colourlovers

♥ 29/07 ♥
Monday, August 6, 2012 @ 12:29 AM // leave a comment? [0 letters]



/Assalamualaikum\


Hai semua . Sebelum korang semua nak baca entri aku yang ni , korang jangan nak muntah-muntah tauu . Nanti kotor pulak korang punya laptop . hikhokkk . Entri kali ni jiwang sikit . Sikit jee . hehehe , kalau tak nak baca pun takpe . Aku tak kisah , asalkan hajat aku nak luahkan semua isi hati aku dah pun selesai . Entri ni , sepatutnya aku update 29/07 dulu . Tapi disebakan periksa , aku update 06/08 :) , hikhokkk . *sorry aku banyak mengarut. 


-------------------------------

Kepada Ahmad Zulhilmi Bin Othman , 

        Awak , awak ingat tak tarikh tu ? tu tarikh first kita couple . Masa tu hari Ahad , petang . Dalam pukul 5 lebih macam tu lah kan ? . Masa tu saya tengah fikir , sebenarnya saya couple dengan awak ke tak . sebab kawan-kawan semua dah tanya pasal kita . Ada yang cakap dah , ada yang cakap tak . sampai lah saya tanya satu soalan dekat awak . saya tanya " awak , sekarang ni kita tengah couple ke ? " . saya masa tu fikir banyak-banyak kali tahu . saya takut awak cakap yang saya ni perasan . Yelahhh , ada kawan saya cakap yang saya ni cuma bertepuk sebelah tangan je . macam perasan sorang-sorang . saya tunggu lama tau mesej dari awak . sampai la masa tu saya buat Silent . saya tak sanggup nak tengok . Masa tu saya takut sangatt . Lama tu , saya tengok phone saya , ada mesej dari awak . Saya fikir banyak-banyak kali nak baca ataupun tak . Lepas saya fikir tu , saya ambil keputusan untuk baca . Saya baca sampai habis . awak cakap kat saya " Entahlah , kita couple kot :) " .


   Awak tahu sampai sekarang saya tak tahu siapa yang first ajak couple . Tapi saya tak kisah . Dan kita couple sampailah sekarang . Kita dah setahun awak . Saya harap hubungan kita ni kekal . Kekal sampai bila bila .  Awak ingat tak mesej pertama kita ? . Masa tu saya yang hantar mesej kat awak dulu kan ? . Masa saya mula-mula dapat nombor awak , saya gembira sangat . Terlampau gembira awak . Tapi bila dah dapat tu , saya takut nak hantar mesej dekat awak . saya takut awak tak balas mesej saya tu je . Yelahh , awak dulu kan sombong dengan saya . sombong sangat . sampai surat pertama saya awak buang dalam tong sampah kan ? haha , bila dengar semua tu , hancurnya hati saya . 

   Tapi saya ni bukan jenis yang cepat putus asa . hehehe . Saya rapat dengan awak , masa saya suruh ain kirim salam dekat awak .Masa tu merentas desa , saya ingat nak bergurau je . tak ada maksud langsung pun . Sampai lah masa tu saya dengar , awak cari saya . Cari siapa yang nama " Mira " . saya masa tu rasa takutt , cara awak tu betul betul buat saya rasa takut . Lepas awak kenal saya , awak selalu duduk depan kelas saya . awak selalu mengintai saya . awak selalu tunggu saya . Setiap kali masa rehat , awak akan duduk depan kelas saya . awak tahu masa tu saya rasa gembira sangat . Terlampau gembira awak . Mana mana tempat yang saya pergi , mesti saya nampak awak . 

     Sebelum masuk kelas , awak akan tunggu saya dekat bawah . Awak akan tunggu dekat kolam tu . awak akan tunggu saya sampai awak nampak saya depan mata awak . Tak pun awak akan tunggu saya dekat tangga :) . Lepas saya masuk kelas tu , baru awak pergi kat kelas awak . Kalau kelas awak tak ada cikgu ke , awak selalu lepak dekat dekat dengan kelas saya . Setiap hari kita jumpa , tapi kita langsung tak cakap kan ? . Dua-dua malu , dua dua malu nak cakap . Bila jumpa depan depan , kita jadi gelabah kan ? . masing-masing tak tahu nak cakap apa . 

  Saya ingat lagi , awak cemburu sangat bila saya rapat dengan kawan-kawan awak . Masa tu , kawan awak ada minta coklat dengan saya . Awak lalu depan kelas saya dengan senyuman awak . Gembiranya saya bila tengok senyuman awak tu . Tapi tiba-tiba awak berubah . sebab , masa tu awak nampak saya tengah gelak-gelak dengan kawan awak , cakap-cakap dengan kawan awak . Bodohnya saya masa tu . Saya langsung tak perasan . Lepas dari tu , awak langsung tak senyum dekat saya dah , awak jarang lalu depan kelas saya dahh . Saya risau sangat , takut pun ada . Lama tu , saya tulis surat dekat awak . surat minta maaf kot . saya suruh kawan-kawan awak tolong hantarkan . Masa balik awak terus lalu depan kelas saya dan awak senyum dekat saya . Saya gembira sangat wak . Dari tu , baru saya tau , awak dah mula cemburu dengan saya . Awak siap suruh kawan awak pesan kat saya lagi jangan rapat dengan mana-mana lelaki . Tapi saya degil , saya rapat juga . Tapi saya rapat cuma nak tengok awak mcm mne . Awak nampak comel sangat bila awak jealous .

Dulu , kita banyak bertentang mata kan ? . Ada masa tu , saya tengok awak dari bawah . awak sedar masa tu . Awak tengok saya , lama sangat kita bertentang mata . Lama tu , awak pandang arah lain . Muka awak jadi merah . Merah sangatt . Tak pernah saya tengok muka awak jadi merah sampai macam tu sekali . First time . Dulu awak seorang yang pemalu . Pemalu sangat kan ? . Dulu awak jaga hati saya , awak tak rapat dengan mana-mana perempuan pun . saya langsung tak pernah nampak awak rapat dengan mana-mana perempuan . sebab awak risau saya cemburu kan ? . 

 Sampailah sekarang ni , awak jaga perasaan saya . Awak tak pernah cari gaduh dengan saya . Awak tak pernah merajuk dengan saya . Awak layan je semua karenah saya . Awak tak pernah marahkan saya . Saya je yang selalu cari pasal dengan awak kan ? saya je yang selalu cari gaduh dengan awak . Tapi awak sabar je . Walaupun masa kita gaduh tu , salah saya . awak pulak yang minta maaf dekat saya . Bukannya saya . Awak selalu mengalah dengan saya . awak baik dengan saya , terlampau baik awak . Memang patut orang cakap saya bertuah sebab dapat awak . Awak yang dulu punyalah sombong , tak layan perempuan , garang , tiba-tiba je boleh jadi seorang yang baik hati dan penyayang kan ? siapa sangka semua tu kan ? . Awak ambil berat pasal saya . Setiap kali balik sekolah , awak akan tunggu saya . Walaupun kelas saya keluar lambat , awak tetap tunggu saya . Sebab awak tak nak saya merajuk dengan awak kan ? 

Awak , saya nak minta maaf sebab selalu sakitkan hati awak :) . Selalu tuduh awak , selalu marahkan awak tanpa sebab , selalu minta yang bukan bukan . selalu paksa awak . Tapi kenapa awak boleh sabar dengan semua tu ? .Kenapa ? , Terima kasih sebab sabar dengan saya :) .. Saya hargai semua yang awak buat untuk saya . Aaahh , saya dah tak tahu nak cakap apa dahh . hehehe , saya rasa saya lebih banyak mengarut kan ? -,-" . Terlampau banyak . Tapi cuma satu , macam mana dengan tahun depan wak ? . Tahun depan saya nak pindah dekat Perak dah . Kita jauh wakk . Saya harap sangat yang awak akan tunggu saya :) , Cuma satu saya nak pesan dekat awak . Tolong belajar ye wakk ? Kalau awak belajar , saya akan belanja awak KFC suatu hari nanti . Tu pun kalau ada duit . hahaha .  Babaii , Iloveyousomuchsidegil 

Kalau awak rindu saya  , awak dengarlah lagu Carta Hati tauu :) . Tu lagu kita ,  banyak makna dalam lagu tu untuk kita wak :) . Banyak sangatt 



Ikhlas daripada NurulSyahira Amira Binti Abd Hamid