+Follow








Hey readers♥. I'm Nurulsyahira Amira Abd Hamid . 16 years old. Stay at Perak. In relationship with Muhammad Azmin ♥ . Please be nice here and no haters or copypaste here. Thankyou :D facebook


Meet The Owner
Just walking and walking to future

Name : NurulSyahira Amira Abd Hamid
Famous as : Mira and Anak Bear
Birthday : 08/09/1997
Age : 16 years old :)
Stay at : Perak
Status : In relationship

Favorite:
- Make a new friendship
- Blogging
- Chocolate, m&m
- Domo
- Blue, Purple , Red , Pink , White , Black
- Readers, followers

Non-favorite:
- Anons, Haters
- Liar, Arrogant
- Slow internet line
- To forget someone we were close to him/her.
- Hypocrite
- Insects
- Timeline




Be the best, dont dissapointed someone
Get something wrong in here? Ask me!



Behind the skin
Some people help me :D

Originally layout by Aulia Septiya
Big helped from Gyapo and Capitol
Other from Adobe Photoshop CS5, Photoscape, Ziera and Colourlovers

Tuah ♥
Thursday, November 1, 2012 @ 5:04 PM // leave a comment? [0 letters]


/Assalamualaikum\



Hai Readers ♥ 

     Sekarang ni yang ada dalam fikiran aku ni cuma satu je yang aku nak cerita sangat :) . Dulu aku ada dua ekor kucing. Yang atas ni Tuah . Yang lagi satu tu Mimo . Mimo aku dah bela sejak tahun lepas lagi. Tuah pulak baru tahun ni . Tapi dia dah hilang . Kalau kau orang nak tahu , tuah ni comel sangatt . Dia ni terlampau aktif . Lompat sana sini . Lari sana sini . memang tak senang lah kalau dia ada kat rumah. Masa mula mula bela dia , dia ni selalu berak dan kencing merata-rata tempat. Kadang-kadang dia akan kencing dekat bawah kerusi  , bawah meja . Memang susah lah bela dia . Sampai lah ayah aku beli barang keperluan kucing. Memang duit banyak habis untuk dia . Hehehe , Yelahhh , barang-barang kucing bukannya murah . Mahal kann ? Hadoo -,-

Dia hilang lepas Hari Raya Aidilfitri hari tu . Dia hilang masa hari Ahad atau Isnin macam tu lah . Tuah ni memang akan lari bila ada orang buka pintu rumah . Kalau kejar dia memang lelah gila lahh . Sekarang ni memang aku rindu gila lah dengan dia . Aishhh , gambar tuah pun aku ada satu ni jee . Tu pun aku bluetooth dengan abang aku. hahaha .

Kadang-kadang tuah ni menyakitkan hati tau. Sebab bila pagi je , dia akan masuk dalam bilik aku. Dan akan lompat sana sini . Dan tuah ni akan gigit kaki aku dan cakar kaki aku. Sakit tu jangan cakap lahh . Kalau tengok kaki aku memang ada kesan lah yang tinggal -,-" . Tapi yang aku pelik sangatt , kenapa saudara aku tak pernah kena langsung -,- . Asyik asyik aku je yang kena . Tapi tuah lah yang selalu gerak aku pagi-pagi. Tak payah susah-susah aku kunci jam . hikhokkk

Yang paling aku ingat masa aku dekat rumah opah aku. Kat kampung . Masa tu tengah malam . Tuah ni kadang-kadang selalu juga tidur dengan aku . Kadang-kadang dia tidur dekat kepala aku , kadang-kadang dekat leher aku . Hahaha ,. Masa tengah malam tu kan , dalam pukul 1 atau 2 pagi . Aku nak pergi tandas . Hikhokk . Tapi masa tu cuma aku je yang bangun . yang lain semuanya dah tidur . Bila aku bangun tu , aku tengok tuah pun bangun . Dan tuah ikut aku sampai kat dapur . Dan tandas kat rumah opah aku tu jenis tandas dekat luar -,- . Alahh , nama pun kampung kan? tapi rumah opah aku dengan tandas bukannya jauh sangat . Dan atuk aku siap letak pagar lagi . Jadi tak ada lah risau mana pun .


Lepas je aku pergi tandas , aku tengok tuah tunggu aku :). Dia duduk dekat pintu dapur tu . Dan tengok je akuu . Aku cuma tak sangka lahh , sebab dia tunggu aku lama sangat . Aku ingatkan dia dah lari pergi mana kann . Rupa-rupanya ada je dekat pintu tu . haha , lepas je aku masuk , terus dia ikut aku . Bila aku nak tidur je , dia pun tidur tepi aku . Sumpahh , masa tu aku rasa sayang sangat dekat dia . aku rindu sangat nak peluk dia lepas tu nak main kaki dia tuuu . Eishh , bila aku dengar je tuah hilang . Memang aku rasa nak menangis . Aku cari dia merata tempat . Dekat pasar pun aku cari . Cuma aku risau dia kena langgar je . Kalau ada orang ambil dia , lepas tu bela . Alhamdulillah lahh .


Aishh , aku rasa aku ni banyak sangat mengarut -,-
Aaahhh , aku rindu sangat Tuah niiii >.<




Sekarang aku cuma ada Mimo :) , Hikhokkkkk .