+Follow








Hey readers♥. I'm Nurulsyahira Amira Abd Hamid . 16 years old. Stay at Perak. In relationship with Muhammad Azmin ♥ . Please be nice here and no haters or copypaste here. Thankyou :D facebook


Meet The Owner
Just walking and walking to future

Name : NurulSyahira Amira Abd Hamid
Famous as : Mira and Anak Bear
Birthday : 08/09/1997
Age : 16 years old :)
Stay at : Perak
Status : In relationship

Favorite:
- Make a new friendship
- Blogging
- Chocolate, m&m
- Domo
- Blue, Purple , Red , Pink , White , Black
- Readers, followers

Non-favorite:
- Anons, Haters
- Liar, Arrogant
- Slow internet line
- To forget someone we were close to him/her.
- Hypocrite
- Insects
- Timeline




Be the best, dont dissapointed someone
Get something wrong in here? Ask me!



Behind the skin
Some people help me :D

Originally layout by Aulia Septiya
Big helped from Gyapo and Capitol
Other from Adobe Photoshop CS5, Photoscape, Ziera and Colourlovers

Ramadhan tahun ni :3
Sunday, July 14, 2013 @ 3:36 PM // leave a comment? [0 letters]


/Assalamualaikum\

Selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak^^ . Okay , tahun ni aku berpuasa kat Perak. Suasana dia rasa lain juga lah. Sebab pertama kali puasa dekat sini. Hari ni , dah 5 hari berpuasa. Hari pertama puasa memang aku rasa lain je. Macam tak puasa . Sebab active semacam je aku masa tu. hahaha . Bila puasa ni , aku mesti teringat bazaar ramadhan . Wuhooo ~ .

Tahun lepas , kalau kat Terengganu. Boleh dikatakan setiap hari juga lah aku pegi bazaar. Aku pergi bazaar dengan sedara aku , Aida.  Kitorang pegi bazaar pun bukannya beli makanan sangat. Saja saja nak pegi jalan jalan. Nak tambah penat . haha . Tapi kan , aku teringin sangat nak makan kuih yang satu ni. Tapi aku dah lupa kuih tu nama apa. Kat perak , memang tak ada kuih tu . Sebab kuih tu , kuih Terengganu. Tahun lepas , kalau tak ada kuih tu masa berbuka , memang tak sah lah. Aku dengan aida dulu beli kuih tu memang banyak ah . Haih , sekarang aku mengidam nak makan kuih tu! . Teringin wei :/

Dulu , kawan aku yang sorang ni, Wani . Dia ada jual dadih kat bazaar ramadhan. Kadang-kadang kalau aku pegi bazaar dengan aida. Aku selalu singgah kat tempat wani. hahaha . Tengok je dia jual dadih. Bila tengok wani kira duit kan , macam best je . Pergh , masa tu memang aku teringin sangat nak jual. Tapi nak buat macam mana , kalau bab kira-kira duit ni , aku memang lembab sikit. haha , lain lah wani , sebab dia dah biasa . aku ni baru lagi. Tapi dulu , wani pernah ajak aku dengan aida jual dadih. Tolong dia. Sebab tak ada orang. Aku yang tengah semangat tu , aku bagitau kat ayah aku yang aku nak tolong kawan aku.

Tapi silap aku . Sebab aku pegi bagitau masa ayah aku tengah bad mood . Memang untung ah . Kena marah dengan ayah aku --" . Ayah aku kalau marah , memang susah nak berhenti. Tadah je lah telinga ni dengar ayah aku membebel . Ni semua salah kereta. Kereta punya pasal. haih --". Pernah sekali tu , pergi beli makanan. Beli nasi ayam tapi ayam dia jenis macam ayam KFC tu . Sekali tanya berapa harga , mak aih . Mahal gila --" . Memang tak kena langsung dengan makanan yang dia jual tu. Sekali beli makanan tu , terus kitorang dah tak beli dah. haha. Serikk . Pengajarannya , tanya dulu harga , baru beli makanan tu. Baru tak menyesal XD


Tahun ni , aku tak pegi bazaar pun. Sebab malas . Tak ada kawan . hahaha . haih , rindu terengganu weyy . Harap raya nanti balik Terengganu^^ . aku tak tau lah baju raya aku tahun ni warna apa. Tahun lepas warna merah. Tahun ni ayah aku cakap warna turquoise. Tapi warna tu susah nak cari . Jadi ayah aku cakap mungkin raya ni warna biru kalau tak jumpa warna turquoise tu lah. Tapi warna biru aku tak berapa suka. Tak minattt . hahaha . Bila ada sambutan hari raya kat sekolah . Mesti aku akan tengok orang yang tengah couple. Sebab mesti ada yang pakai baju yang sedondon kan kan ? Aummm , sweet je tengok. Haa , tahun ni. Siapa yang nak sedondon dengan aku? Meh sini bagitau aku :* . hahaha .

K. tau dah banyak mengarut. Apa-apa pun , ramadhan tahun ni , okay lah juga. Sama je aku rasa. Cuma suasana dia je rasa lain. Tapi hari pertama je lah rasa lain. Hari kedua , ketiga dah okay dah. Jujur aku cakap , aku tak pernah bangun sahur pukul 4 lebih. Awal gila ah aku bangun. Lepas bangun tu , terus aku mesej dengan Amin Hikhok . Kejut dia suruh bangun  sahur. Selama ni aku tak pernah buat macam ni. Ni pertama kali aku buat macam tu kat amin. Nak tahu takk apa dia ? Berat badan aku dah turun ahh . Aummmmm , hahaha . Yeayy , turunnn. Bulan depan , naik balikkkkk . memang confirm ah ==" . Dahh , itu je nak cerita untuk hari ni. In Shaa Allah , kalau aku rajin , aku update lagi. hahaha . K byeeee ~