+Follow








Hey readers♥. I'm Nurulsyahira Amira Abd Hamid . 16 years old. Stay at Perak. In relationship with Muhammad Azmin ♥ . Please be nice here and no haters or copypaste here. Thankyou :D facebook


Meet The Owner
Just walking and walking to future

Name : NurulSyahira Amira Abd Hamid
Famous as : Mira and Anak Bear
Birthday : 08/09/1997
Age : 16 years old :)
Stay at : Perak
Status : In relationship

Favorite:
- Make a new friendship
- Blogging
- Chocolate, m&m
- Domo
- Blue, Purple , Red , Pink , White , Black
- Readers, followers

Non-favorite:
- Anons, Haters
- Liar, Arrogant
- Slow internet line
- To forget someone we were close to him/her.
- Hypocrite
- Insects
- Timeline




Be the best, dont dissapointed someone
Get something wrong in here? Ask me!



Behind the skin
Some people help me :D

Originally layout by Aulia Septiya
Big helped from Gyapo and Capitol
Other from Adobe Photoshop CS5, Photoscape, Ziera and Colourlovers

Selamat Hari Guru^^
Sunday, May 18, 2014 @ 1:37 AM // leave a comment? [0 letters]



/Assalamualaikum\

Hari ni kat sekolah ada buat sambutan hari guru. Memang excited gila lah nak datang sekolah hari ni. Dengan pakaian tema retronyaa. Tengok abah aku kat umah pagi tadi pun dah tergelak sebab pertama kali tengok abah aku pakai baju macam koboi. hahaha. Ni baru abah aku apatah lagi dengan cikgu cikgu kat sekolah aku tu ha. Memang teringin lah nak tengok XD

Lagipun hari aku dengan kawan kawan kelas aku ada rancangan. Kitorang rancang nak sambut birthday abah aku untuk esok. Birthday abah aku 17/5. Jadi saje je lah nak sambut masa hari guru. Sambut birthday sekali dengan hari guru. Aku mula mula ada lah juga rasa risau. Risau tak menjadi je rancangan tu. Yelah, first time kot nak buat semua tu.

Mula mula aku memang dah rasa risau. Sebab semua ni rancang last minute je. Aku dengan khaty ingat nak tempah kek dengan cikgu Rizana. Tp bila jumpa dengan cikgu Rizana, harga kek pulak mahal. Lepas tu susah pulak sebab nak kena jumpa ini lah itu lah. Masa tu memang rasa kusut. Takkan lah aku nak belikan kek? Haha. Nak sambut birthday abah aku, aku pulak yang beli kek. Maunya abah aku duk tanya kek tu untuk sape.

Nasib baiklah kimi menawarkan diri dia nak belikan kek. Wahh penyelamat betul. hahaha. Duit pun guna duit kelas. Tu pun cukup cukup je. Semua ni ayah aku taktau. Kitorang rahsiakan semua ni. Sehari sebelum hari guru ni,  aku, khaty, atyn duk kehulur kehilir cari cikgu. Ajak cikgu join sekali. Memang penat lahh. Cari cikgu Mazidah lah paling susah sekali. haha. Tp yang paling lawak, masa tengah cari tu. Dari jauh aku nampak cikgu Haji Idris. Pergh cakap , memang aku dengan khaty lari. Sanggup patah balik , jalan ikut jauh. Sebab taknak terserempak dengan cikgu Haji Idris.

Aku dengan khaty sebenarnya dah trauma. Sebab 2 minggu lepas aku dengan khaty dah pernah kena dengan dia. Masa tu nak cari cikgu Nor Aini. Lepas tu boleh pulak terserempak dengan dia kat pejabat. Nahh memang kena soal lah. Aku pandang khaty, khaty pandang aku.Nasib tak kena pukul dengan dia. Kalau tak, memang maluuu. Tp yang ini , aku heran. Lepas aku dgn khaty lari, aku pun cakap lah kat khaty. kenapa nak lari? padahal masa tu tengah rehat. Pergh cakap, memang penat gila woi lari. Naik atas lepas tu turun balik. Lepas tu naik balik. Memang berat aku boleh turun ahh.

Malam tu tetiba pulak khaty duk mesej aku. Ingatkan aku pasal air. Ha ni lagi satu buat aku pening kepala. Aku pun call lah kimi tanya dia ada tak beli air semua tu. Bila kimi cakap tak beli air . Ha memang aku dah gelabah. Call pulak pqah tanya dia. Dia pun cakap takde.  Aku memang duk tanya kimi cemana ni cemana ni. Last last aku cakap kat kimi guna plan B je esok . Beli air kat koperasi. hahahaha. Dah terdesak. Ni lah bila buat rancangan last minute tau tak.

Dan semua tu berlaku hari ni. Lepas diorang buat persembahan tu baru kitorang siapkan semua bahan bahan untuk jamuan tu. Satu lagi yang aku buat aku rasa susah. Macam mana nak umpan ayah aku suruh naik atas kelas? Nahhh yang ni memang plan aku tak menjadi. Mula mula aku dengan pqah pegi jumpa ayah aku kat kantin. aku cakap dengan ayah aku. Ayah aku suruh bg 5 minit. Aku pun naik kelas. Dah 5 minit ayah aku tak naik. Cikgu cikgu semuanya dah ada kat kelas.

Aku pun panggil lah Nazrin. Suruh Nazrin tolong panggil. Faiz pun ada. Aku tengok diorang dari jauh je. Lama tu, aku dah nampak muka ayah aku serius je. Laju pulak tu ayah aku jalan. Aku masa tu memang pelik. Masa tengah jalan tu, aku pun tanya lah Nazrin kenapa. Nazrin pun cite lah yang dia bagitau cermin tingkap pecah lah, barang hilang lah , pintu ini lah. Aku dengan qush kat belakang memang dah nak tergelak bila dengar. Kitorang tahan jee. Sampai atas kelas memang pommm. Macam macamm bunyiii adaaa.

Masa ni lah buat aku rasa sebak. Bila dah menyanyi semua tu.  Aku peluk ayah aku. First time aku nampak ayah aku menangis. Yaa first time. Aku tak pernah nampak ayah aku menangis. Bila nampak ayah aku menangis, memang buat aku sekali rasa nak menangis. Alhamdulillah lah semua rancangan kami berjaya. Aku memang dah risau. Takut tak menjadi. Lepas je sesi potong kek. Memang masa untuk calit kek kat semua orang lahh. Haa aku tak kena. Mula2 jee. Masa aku tengah makan mee tu, aku dah nampak dah nazmi berbisik dengan rabiatul. Haa memang rabiatul calit krim kek tu kat muka aku. Habis muka aku kena. Jangan cakaplah. Boleh dikatakan muka aku ni penuh dengan krim kek masa tu.

Memang aku balas balik lah kat rabiatul. Memang kejar lah masa tu. Dalam kelas kitorang takde sape pun yang tak kena. Nisa lagi lah. Teruk dia kena . Baju dia habis. Kimi pun same. Nazrin dengan Muzamil pun kena. Haha. Apa apa pun aku rasa happy sangat. Memang tak boleh gambarkan semua tu. Ni lah antara kenangan yang aku akan ingat. Memang tak boleh lupa.







Ini je lah gambar yang ada. Tak banyak pun ambik gambar masa ni. Semuanya duk sibuk makan, seronok kejar orang. Nak calit krim kek punya pasal. haha. Joko, Nazrin nd Atyn selalu je hilang bila ambik gambar. Kejap ada kejap takde. Muzamil lagi lah, takde terus. Sebab dia duk kat bawah masa tu. Masa tengah makan je baru panggil dia. Sebab baru sedar dia takde dalam kelas masa tu. Haha. Nasib baik semuanya datang hari ni. Kalau tak , memang kena lah hari isnin nanti. hahaha. K byeee ~


Aku Rindu Azminnnnnnn :'(